MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengapa Al-Mahdi Lombok Sudah Lari?

Go down

Mengapa Al-Mahdi Lombok Sudah Lari? Empty Mengapa Al-Mahdi Lombok Sudah Lari?

Post  Admin Sun Dec 09, 2012 5:30 pm

PENDAHULUAN

Abdul Aziz bin Muhammad Nasir dari Lombok mengakui Allah masuk ke dalam dadanya dan berkata-kata. Kononnya Allah mengangkat diri Aziz Lombok itu sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim (merangkap Pemuda Bani Tamim), dan Ka’abah itu sendiri didirikan oleh Nabi Ibrahim adalah untuk Aziz Lombok.

Di Yaman pula, seorang lelaki bernama Nasser Mohamed mengaku sebagai Al-Mahdi. Nasser Yaman mendakwa semua mazhab adalah tersesat dan memecah-belahkan umat Islam. Maksudnya imam mazhab yang empat dan ribuan tokoh ulama ASWJ adalah tersesat dan pemecah-belah umat Islamlah. Oleh itu Nasser Yaman membawa ajaran baharu yang kononnya bakal menyatukan seluruh umat Islam.

Aziz Lombok terus mengakui Nasser sebagai Imam Mahdinya. Dia juga mendakwa Allah memberitahunya bahawa Nasser Yaman ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Muhammad, manakala dirinya sendiri ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim merangkap Pemuda Bani Tamim kepada Nasser Yaman. Konsep ‘2 Al-Mahdi’ ini memang membingungkan, tapi masih ada juga segelintir orang yang percaya.

Selepas lebih kurang satu bulan berbalas dialog dengan para pejuang dari Malaysia dan Indonesia bermula sejak pertengahan Ramadhan lepas, ajaran mereka semakin tergugat. Jika dibiar lama, tidak mustahil akan runtuh terus. Dari sehari ke sehari hujah-hujah para pejuang semakin membanjiri Aziz Lombok dan orang-orangnya, dan kebanyakannya tidak mampu dibalas dengan ilmiah, melainkan dengan sentimen dan hal-hal ghaib. Akhirnya mereka ‘memutuskan hubungan’ di Facebook dengan mana-mana individu yang banyak menggugat dan membuka tembelang mereka.

“Yang benar sudah datang dan yang batil sudah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap.” (Al-Isra’ : 81)

MENGAPA MEREKA TAKUT?

Tidak lain kerana penyokong Abdul Aziz Lombok sudah berpecah. Kalau dulunya mereka semua yakin 100% bahawa Aziz Lombok ialah Pemuda Bani Tamim yang juga Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim, kini sudah ada yang kurang percaya malah ada yang sudah tidak percaya lagi.

Daripada tulisan-tulisan mereka di serata Facebook, sudah nampak sokongan terhadap Aziz Lombok semakin longgar. Hal ini kerana mereka sudah mula membaca artikel demi artikel yang kita hasilkan, yang di dalamnya membongkar apa yang lemah dan apa yang salah dalam ajaran Aziz Lombok. Artikel-artikel kita sarat dengan sandaran Al-Quran, As-Sunnah dan ilmiah, manakala pihak Aziz Lombok lebih banyak menggunakan sentimen dan bersandarkan hal-hal ghaib. Sesiapa yang bijak membuat pertimbangan, insyaAllah akan selamat. Sesiapa yang beriman kepada ajaran Aziz Lombok secara bertaqlid buta tanpa berani membuat pertimbangan, di situlah mereka selamanya.

Hasilnya, mereka yang mendapat pencerahan daripada tulisan-tulisan kita sudah mula berani mengkritis Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya, walaupun cara mereka nampak lunak dalam mengkritis, kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai orang yang tiba-tiba menolak. Sebahagiannya pula sudah mendiamkan diri, maksudnya tidak lagi mempromosikan Aziz Lombok sebagaimana ketika mereka mula-mula mendapat ajaran itu. Ertinya, mereka sudah kurang atau tidak mahu tetapi tidak ditunjukkan secara terang-terangan.

Alhamdulillah syukur, sudah ada juga antara mereka yang sebelum ini percaya akan Aziz Lombok, sudah menolaknya, tapi mereka masih teguh berpegang kepada ajaran Nasser Mohamed yang mengaku sebagai Al-Mahdi. Mereka tidak lagi percaya Aziz Lombok itu Pemuda Bani Tamin, Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim dan tidak percaya lagi dakwaan Aziz Lombok kononnya Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk diri Aziz Lombok. Mereka juga tidak percaya yang Allah boleh masuk ke dalam dada Aziz Lombok dan berbual di dalamnya. Pada mereka, Aziz Lombok hanyalah perosak dan membawa imej yang tidak baik kepada ajaran Nasser Mohamed. Mereka tidak mahu lagi dikaitkan dengan Aziz Lombok, walaupun mereka mahu terus dikaitkan dengan Nasser Mohamed.

Selama hari ini, pengikut Aziz Lombok percaya yang Aziz Lombok mengiktiraf Nasser Yaman sebagai Al-Mahdinya, dan Nasser Yaaman juga mengiktiraf Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamimnya. Tapi selepas kita minta Aziz Lombok tunjukkan bukti yang Nasser Yaman mengakui Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamim, sehingga sekarang (31 OGOS 2012) dia gagal memberikannya. Sudah lama hal ini, dan dialog bertulis kami itu dibaca oleh para pengikutnya. Apabila diminta bukti, dia berhelah dengan menyuruh kita cari sendiri dalam laman Nasser Yaman. Cari punya cari, memang tak ada. Akhirnya Aziz Lombok lari begitu sahaja. Tapi dialog ini disaksikan oleh para pengikutnya. Sebab itulah kini sebahagiannya sudah mula meragui ajaran Aziz Lombok.

Kita minta beberapa bukti yang mengatakan Nasser Yamani mengakui :
1. Aziz Lombok ialah Pemuda Bani Tamimnya.
2. Aziz Lombok ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim.
3. Yang masuk ke dalam dada Aziz Lombok dan berbual-bual itu memang betul Allah SWT.
4. Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk Aziz Lombok.

Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya sangat tergugat dengan permintaan ini. Jelaslah bahawa Nasser Mohamed tak tahu menahu pun tentang dakwaan-dakwaan Aziz Lombok ini. Oleh kerana tidak mahu terus kehilangan penyokong demi penyokong, mereka mengambil langkah ‘unfriend’ dan menyingkirkan kami daripada laman Al-Mahdi mereka.

Apabila orang ramai bersuara mahukan bukti-bukti, Aziz Lombok dan pengikut tegarnya akan mengalihkan jawapan mereka dengan menyuruh orang ramai membaca sahaja risalah-risalah dan bayan-bayan Nasser Mohamed. Maksudnya mereka memang tidak ada bukti dan berharap orang ramai akan terpesona dengan tafsir-tafsir hebat (kononnya) oleh Nasser Mohamed. Strateginya, apabila orang ramai terpaut hati dengan tafsir-tafsir Nasser, orang ramai secara tidak langsung tentunya akan menyokong Aziz Lombok. Mereka tidak suka kalau orang ramai bertanya itu ini kepada mereka, melainkan hendaklah percaya bulat-bulat tanpa sebarang ruang mengkritis atau membuat pertimbangan.

“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah : 269)

Hal di atas sangat merunsingkan Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya, hinggakan mereka terpaksa menghantar ‘posting’ bernada pujukan dan kata-kata pemulih semangat kepada orang-orang yang mereka lihat sudah menurun sokongannya pada ‘Wall’ Facebook masing-masing. Namun usaha itu tidak banyak membuahkan hasil. Maka mereka terpaksa menjauhkan diri dari pejuang-pejuang yang boleh menggugat ajaran mereka.

PENUTUP

Kesimpulannya, Ajaran Aziz Lombok ialah ajaran yang salah. Lagi banyak mereka berdakwah, lagi banyak kelemahan dan kesalahan mereka akan terbongkar, percayalah. Kepada Aziz Lombok dan para pengikutnya, kami peringatkan agar kembalilah kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya, bukannya mengimani sesuatu secara bertaqlid buta. Tinggalkanlah Syahadah yang direkacipta oleh Aziz Lombok, yang menjadi 3 Kalimah Syahadah itu. Tinggalkan juga pegangan yang mengatakan “tidak ada yang mustahil bagi Allah”. Kembalilah kepada ajaran ASWJ yang mengatakan “ada yang mustahil bagi Allah, dan ada yang tidak mustahil”.

“Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyat : 55)

Langkah kita seterusnya? Dengan melemahnya ajaran Aziz Lombok, kita akan punya lebih ruang untuk menghuraikan tafsir-tafsir Quran oleh Nasser Mohamed. Nasser Yaman mendakwa kononnya segala tafsirannya datang daripada Allah, maka tafsirannya kebal daripada kesalahan. Benarkah begitu? InsyaAllah, kita akan bongkar pula kelemahan dan kesalahan pada Ajaran Nasser Yaman.

Abu Zulfiqar
31 OGOS 2012

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/08/mengapa-al-mahdi-lombok-sudah-lari.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum