MADRASAH MAYA AL-AMSYARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Akhirnya Ajaran Layar Bahtera Menjawab

Go down

Akhirnya Ajaran Layar Bahtera Menjawab Empty Akhirnya Ajaran Layar Bahtera Menjawab

Post  Admin Thu Dec 13, 2012 8:21 am

Ajaran Layar Bahtera menggemparkan dunia internet sedikit waktu dahulu. Oleh kerana pada tulisan-tulisan mereka mengandungi beberapa kesalahan dan kelemahan, saya menulis beberapa perkara sebagai memohon penjelasan. Jika benar hujah-hujahnya, kita tiada sebarang masalah untuk menerima dan memperjuangkan ajaran tersebut bersama-sama. Jika sebaliknya, ajaran itu mesti kita tolak dan basmi. Begitulah kaedahnya.

Berbulan-bulan lamanya artikel memohon penjelasan itu tersebar ke serata internet (anda boleh Google untuk melihatnya), nampaknya tiada sebarang usaha mereka untuk memberi penjelasan. Entah mengapa mereka enggan menjelaskan.

Tulisan MOHON PENJELASAN saya itu boleh diteliti di:

BAHAGIAN 1 http://tajdidsebenar.blogspot.com/2009/07/mohon-penjelasan-ajaran-layar-bahtera.html
BAHAGIAN 2 http://tajdidsebenar.blogspot.com/2009/07/mohon-penjelasan-ajaran-layar-bahtera_11.html
BAHAGIAN 3 http://tajdidsebenar.blogspot.com/2009/07/mohon-penjelasan-ajaran-layar-bahtera_16.html

Baru-baru ini teman saya menunjukkan sebuah laman. Di situ adalah sedikit jawapan. Para pembaca boleh menilai dialog di bawah. Saya tidak kenal kedua-dua pendialog.



PERSOALAN:
hj afdal hj saat Berkata:
Disember 2, 2009 pada 12:43 am

Layarbahtera tidak mampu menjawab.

Ingin saya bertanya kenyataan di atas dari seseorang berilmuan tinggi bernama ALEXANDERWATHERN (*Alex- amboih, lain macam punya tinggi pujian, nak kena belanja makan nih) memberi persoalan-persoalan pada layarbahtera, kenapa layarbahtera tidak mampu menjawab..???

Menurut laman di internet lagi, Layarbahtera menjadi persoalan pada setiap forumer-forumer, yang diketuai oleh ALEXANDERWATHERN dan termasuk saya sendiri, apakah setiap persoalan-persoalan Layarbahtera tiada jawapannya..?

Saya difahamkan Layarbahtera mengajar menggunakan kod rahsia. Aatas dasar apa kod rahsia berkenaan..?

Layarbahtera mengubah ayat-ayat al-Quran, kenapa ini belaku..?

Meminta penjelasan dari layarbahtera..


Hj. Afdal Saat
Lulusan from Jordan and UEA, pelajar terbaik 1987



JAWAPAN:

krulayar Berkata:
Disember 2, 2009 pada 10:16 am

Salam,

Tuan haji

Usahlah tuan haji megahkan dengan segulung ijazah yang ada pada tuan haji, sesungguhnya ia tak kemana, malah sikap sombong segolongan manusia menyebabkan seseorang itu lupa asal kejadiannya. Sifat angkuh pada ijazah atau pangkat sehingga seseorang itu bisa hanyut dengan arus dunia, serta lupa pada tertib dan peradapan agama mahupun rukun dalam negara, walaupun telah diterangkan dalam “RUKUN NEGARA” iaitu ‘KESOPANAN DAN KESUSILAAN’. Ini menunjukkan seseorang itu tiada kesopanan apabila memiliki segulung ijazah dan lupa pada agama yang rasul sampaikan baik melalui al-Quran mahupun hadis-hadis.

Dalam persoalan tuan, mengapa LAYARBAHTERA TIDAK MAMPU MENJAWAB. Hal ini berkaitan dengan rukun negara sepertimana kami maklumkan, sikap rakus dengan ilmuan sendiri sehingga terlupa bahawa laman layarbahtera belum siap sepenuhnya pada masa itu, namun ada yang terburu-buru membuat persoalan-persoalan dengan tujuan menghasut seseorang individu lain untuk bersama-sama mengeluarkan fatwa sesat atau khurafat pada LayarBahtera. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi persoalan pada krulayar kerana setiap persoalan telah kami terangkan pada surat peringatan 1, 2 dan 3, contohnya “segulung ijazah sekadar di dunia”.

Banyak persoalan-persoalan yang membabi-buta tanpa sebarang keraguan atau penyesalan untuk LayarBahtera dari mereka-mereka yang kami maksudkan, terlalu menurutkan sikap tamak dan rakus dengan ilmu sendiri hingga lupa rumah yang sedang dalam pembinaan. Contohnya, sekiranya seseorang itu bertanya seperti tuan punya rumah “kenapa dinding rumah ini tidak dilepa dengan simen agar nampak cantik?”, sudah pastilah sang kontraktor tidak menjawabnya kerana rumah berkenaan belum siap sepenuhnya. Keadaan ini bersamaan dengan maksud tuan haji dan sahabat-sahabat yang tidak sabar-sabar membuat andaian yang bukan-bukan sehingga timbul persoalan ‘kenapa layarbahtera tak mampu menjawab’.

Dari mana tuan haji dapat perkhabaran LayarBahtera mengunakan ‘KOD RAHSIA’? Kami tegaskan di sini, LAYARBAHTERA TIADA KOD RAHSIA seperti pihak tuan katakan malah tiada sebarang pengajaran mengunakan kod rahsia. Seeloknya tuan haji beriman pada kitab al-Quran, bukan dari selain kitab berkenaan khuatir ada fitnah dan cuba ingin memesongkan dengan keterangan yang tidak benar.

Sesungguhnya kami nasihatkan tuan haji agar memahami terlebih dahulu sijil dan ijazah yang tuan miliki. Adakah pihak kami mengubah ayat al-Quran, atau ada pihak yang mengubahnya dan tidak percaya dengan kitab berkenaan antaranya terhadap ayat-ayat yang jelas seperti “tangan Allah, Allah melihat dan pelbagai lagi”. Namun ramai yang tak setuju dengan al-Quran berkenaan dan mengubahnya dengan mengatakan Allah tidak berbentuk, berupa, tiada, dan sebagainya. Ini bererti, apa yang dikatakan oleh rasul apakah tidak benar, sedangkan rasul menyatakan Allah adalah wali. Sebaiknya tuan haji tenangkan diri, usah merasa gelisah dengan peringatan kiamat dari LayarBahtera sekiranya tuan haji tidak setuju walau sebaris ayat sekalipun.

Terima Kasih

Krulayar
Ridzuan


KOMEN SAYA:

Nampaknya mereka tidak menjawab apa-apa persoalan yang saya bentangkan. Jadi tuan-tuan boleh menilai sendirilah ajaran ini.

Wallahualam.

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/12/akhirnya-ajaran-layar-bahtera-menjawab.html

Admin
Admin

Posts : 421
Join date : 07/12/2012

https://alamsyari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum